Proses Reka Bentuk gRAFIK

gRAFIK adalah satu proses yang berterusan – ianya melibatkan dan berkaitan terus dengan pengguna dan pereka bentuk (designer). gRAFIK kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk dimana produk yang dihasilkan menjadi penyampaian kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna.

                Landa (1996) dalam memperkatakan tentang proses reka bentuk, menurut beliau perkara yang paling utama ialah berfikir seperti seorang pereka bentuk. Diantara langkah-langkah yang dicadangkan oleh beliau ialah i) restate the problem in your own words; ii) do any research that needs to be done; iii) think with your pencil or mouse in your hand!; iv) choose your three best thumbnail sketches and turn them into roughs and v) choose your best rough and turn it into a comp.

                Berlainan sedikit dengan Resnick (2003) beliau berpendapat dalam setiap tugasan atau produk yang hendak dihasilkan, proses mereka bentuk perlu melalui lima peringkat yang utama: i) define the problem and establish the objectives; ii) do the research; iii) develop the ideas by brainstorming; iv) analyze ideas in terms of the project objectives and v) implement the final.

             Manakala Victor Cheung (2007) dalam bukunya yang bertajuk LogoLogy menyatakan tentang case studies (tugasan) dibahagikan kepada empat bahagian: assignment (the background of the specific project), development (from research to concept), solution (what the final outcome is) and application (as simple as it may seem for the last part).

                Kesimpulannya, kita akan dapati bahawa proses reka bentuk tidaklah mudah seperti yang disangka, walaupun sudah ada mouse dan pencil ditangan unless kiranya kita nak buat plagiarism. Sebenarnya tidak ada jalan pintas sekiranya kita berkehendakkan sesuatu yang excellent dan berkesan. Ikut saja apa yang telah disyorkan kerana mereka (designer) telah melaluinya dengan pengalaman yang bukan sedikit.

0 comments:

Post a Comment