Proses Logo Huruf Ringkas

Proses menghasilkan logo bergantung kepada tujuan ianya dihasilkan samada dalam bentuk logo huruf, logo simbol ataupun logo representasi. Ianya ditentukan berdasarkan kehendak sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, organisasi atau kepentingan individu. Perlu diingatkan bahawa penghasilan logo turut bergantung kepada kreativiti yang dikaitkan dengan pemahaman kepada asas seni reka (unsur seni & prinsip rekaan).

Langkah yang pertama sebelum logo dihasilkan ialah menentukan tema atau tajuk sebelum memilih fon, warna, imej atau grafik yang sesuai. Reka cipta logo mestilah bersifat dinamik dan kreatif dan bersesuaian dengan kehendak identiti korporat syarikat, pertubuhan atau organisasi tersebut yang melambangkan sebuah logo yang unggul dari logo-logo yang sediada. Maklumat asas bagi menghasilkan logo perlulah diketahui.

Langkah yang kedua ialah dengan mengumpul dan menghasilkan seberapa banyak idea yang bole daripada rujukan buku, internet, majalah dan menghasilkan sketsa (draf), thumbnail reka bentuk logo ringkas. Logo yang direka bentuk hendaklah asli iaitu semua reka bentuk hendaklah asli tidak ditiru dari orang lain. Reka bentuk logo tidak boleh sama sekali dan dilarang mengandungi unsur-unsur yang boleh dianggap sensitif dari segi kaum, budaya dan agama.

Langkah yang ketiga, unsur warna perlu ditentukan bertujuan bagi memberi kesan kepada imej sesuatu syarikat, organisasi atua pertubuhan yang direka bentuk. Kebanyakan logo, permilihan warna tidak lebih daripada tiga(3) tetapi ianya tidak terikat hanya tiga warna sahaja. Penggunaan warna ‘gradient’ selalunya dielakkan.

Langkah yang keempat, setelah membuat pemilihan dari lukisan draf yang terbaik, mulai membuat rekaan dengan menentukan komposisinya, reka letak dan grafik. Asas seni reka (unsur seni & prinsip rekaan perlu juga difikirkan. Logo yang telah dipilih hendaklah tetap ‘legible’ apabila saiznya dibesarkan atau dikecilkan. Terutamnya apabila ianya dibuat salinan iaitu diguna semula ianya tidak berubah. Penggunaan vector (perisian illustrator) digalakkan berbanding bitmap (photoshop).

Langkah yang kelima, adalah proses terakhir yang perlu dilakukan terhadap huruf, imej, warna, grafik dan sebahagian dengan memberi maksud rasional, definisi atau pengertian pada setiap bahagian logo. Aplikasi dimana logo akan diletakkan seperti pada kadnama, sampul surat, surat rasmi, risalah, poster, flyer dan lain-lain. Akhirnya logo tersebut dicetak di atas kertas A4 dan ditampalkan di atas kertas tebal ‘mounting board’ dan disimpan di dalam ‘softcopy’.
               
Menurut Levenson (1995) logo ialah ‘a combination of characters and or graphics to create a single design that is used to identity a company, it is often trademarked and is always included on all company printed material’. Pimentel (1997) pula menyatakan, reka bentuk logo’ provide a quick visual shorthand for all the meaning, associations, and equity associated with a brand’.  Hassan Mohd Ghazali (2000) pula, menyatakan logo ialah lambang, atau tanda pergerakan bagi sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan kelab dan persatuan dan sesuatu aktiviti. Morioka dan Adam (2004) mentakrifkan logo sebagai satu simbol yang terang dan berbeza bagi sesebuah syarikat, objek, penerbitan, khidmat masyarakat ataupun idea. Mengikut pendapat Guitton (2006) pula, reka bentuk sesebuah logo perlu mempunyai nilai , konsep entity dan identitinya melalui rupa grafik, 3-dimensi, yang wujud dalam kehidupan di dunia ini. Cheung (2007) mengatakan bahawa logo terletak pada identitinya dam first impression di pasaran yang merupakan iklan kecil syarikat untuk memudahkan masyarakat mengingati siapakah syarikat tersebut dan khidmat apa yang mereka berikan.

0 comments:

Post a Comment