Format gRAFIK

Ada dua file yang utama dalam reka bentuk grafik iaitu fail bitmap (pixmap) dan fail vektor. Bitmap boleh dikenali dengan rupatitik (a grid of dot) yang sangat kecil samada hitam putih, gray atau warna bagi setiap pixels (zero or one). Bitmap digunakan untuk tempat menyimpan fail imej digital. Penggunaan resolution bitmap yang rendah akan menyebabkan imej gambar yang dicetak kurang jelas (pecah).

                Fungsi vektor antaranya boleh dibesarkan atau dikecilkan, dilukis semula, atau apa saja tanpa merosakkan keadaan rupa imej yang asal seperti (garisan, rupa, bentuk, rupa geometric, organic yang berlandaskan (mathematical equations) walaupun dengan resolution yang rendah, kerana fail vektor bergerak bebas. Format grafik yang kerap kita gunakan antaranya TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PICT, RIP etc.

dpi – dots per inch
Merupakan ukuran kepada resolution atas skrin atau atas kertas cetakan dan dots juga dikenali sebagai pixelsResolution skrin atas komputer ialah 72 dpi, manakala mesin cetak seperti LaserWriter 300 dpi dan mesin photo imagesetter boleh melebihi 2,540 dpi.

Proof Copy
Adalah penting sekali setiap tugasan yang direka bentuk terlebih dahulu disemak sebelum dicetak dalam jumlah yang banyak. Pembetulan dan penambaikan ke atas salinan (proof copy) dapat membantu pelanggan membuat pilihan seperti yang dikehendaki.

EPSF – Encapsulated PostScript File
File ini merupakan satu file imej yang boleh digunakan semasa menyimpan imej. Ianya membenarkan data PostScript disimpan, diubahsuai dan mudah dibuka sama ada dalam Macintosh atau MS-DOS atau sistem yang lain.

JPEG – Joint Photographic Experts Group
Piawaian ke atas imej yang telah dipermudahkan iaitu file tersebut menjadi ringan (resolution yang redah) dan mudah untuk diguna semula.

RIP – Raster Image Processor
Satu alat yang telah diprogramkan bagi menterjemahkan arahan yang terdapat dalam helaian cetakan atau hasil grafik kepada bentuk paten dots (bitmap) yang digunakan untuk percetakan atau dilihat atas skrin. Data yang diperolehi daripada Macintosh atau PC ditukarkan menjadi paten dots (bitmap) sebelum menjadi file RIP (imagesetter) yang bertujuan menghasilkan filem atau plat cetakan.

TIFF – Tagged Image File Format
Format file grafik ini dibangunkan oleh Aldus, Adobe dan Apple bertujuan untuk menyesuaikan imej imbasan dan file bitmap yang besar. TIFF direka bentuk bagi membolehkan Macintosh dan MS-DOS menggunakan.

0 comments:

Post a Comment