Penghasilan Pembungkusan

Menurut Adducci & Keller (2008) terdapat empat kriteria utama bagi sesebuah bungkusan itu berjaya iaitu berlandaskan kepada faktor-faktor seperti berikut: identification, functionality, personality dan navigation. Identification merujuk kepada sejauh manakah pengguna boleh mengenali produk atau pembungkusan yang dipamerkan apabila mereka membelinya dan ianya menjadi asas kepada mereka bentuk bungkusan. Persoalan yang selalu dikaji ialah: apakah perkara pertama yang dilihat oleh pengguna setiap kali melihat produk di atas rak jualan? Rupa, logo, warna, tanda harga, bahan yang digunapakai, imej teks atau peratus diskaun yang dipamerkan oleh penjual.

                Faktor kedua yang diperlu diketahui ialah functionality. Bagi setiap produk yang dibeli, para pengguna akan melihat dan memastikan bahawa keupayaan produk tersebut berfungsi. Keupayaan berfungsi oleh produk tersebut meningkatkan keyakinan pengguna kepada matlamat keinginan mereka untuk membeli. Walaubagaimanapun, tahap kefahaman pengguna menggunakan produk tersebut menjadi pilihan utama samada ianya mudah atau sukar difahami.

                Manakala, personality merujuk kepada bagaimanakah maklumat yang direka bentuk ke atas produk bungkusan berkesan, menarik, serutama. Kalau tidak matlamat utama untuk mencapai pembelian lebih dari sejuta pembeli tidak akan tercapai.

                Akhir sekali ialah faktor navigation, yang merujuk kepada pengguna mengetahui dalam mencari di mana memperolehi produk yang dijual. Faktor ini sama seperti faktor identification,yang bergantung kepada gaya reka bentuk yang terdiri daripada: taipografi, warna, patterns, huruf, rupa dan item lain yang berkaitan dengan maklumat yang perlu ada dalam mereka bentuk bungkusan.



                Ternyata bahawa keempat-empat faktor yang dinyatakan di atas dapat membantu pereka bentuk dalam menghasilkan reka bentuk pembungkusanyang baik, sesuai, menarik dan berkesan.

0 comments:

Post a Comment