Definisi Taipografi

Menurut Squire (2006), ‘typography is the mechanical arrangement and organization of written words in such a way as to facilitate communication of the content’. Squire menekankan kepada konteks komunikasi dalam menyampaikan maklumat dalam taipografi. Berbeza dengan pendapat Haslam & Baines (2005), yang memberikan definisi taipografi sebagai ‘typography is the mechanical notation and arrangement of languages used to make multiple copies, whether by printed or electronic means’. Manakala, Hassan (1999) pula mendefinisikan taipografi sebagai seni memilih dan mengatur huruf. Menurut Morioka et al. (2006), ‘typography is picture or words’.

                Maksud taipografi pada asalnya ialah ‘the arts of designing printed products according to aesthetic criteria’. Perkataan tersebut berasal dari bahasa Greek dan bermula daripada typos (impression) dan graphien (to write) – Heildelberg News 1/98 Volume 55.

Levenson (1995) memberikan pendapat yang sama, taipografi sebagai ‘the use of different styles of type to express ideas, concepts, and design’. Resnick (2003) pula berpendapat bahawa, ‘typography is the art of designing with type. Type is the term used for the letters in the alphabet, the numbers and the punctuation marks that make words, sentences and blocks of text.The term typeface refers to the design of all the characters mentioned above, unified by common visual elements’. Muka taip lebih dikenali dengan elemen-elemen seperti bold, italic dan saiznya.

Manakala, Meggs et al. (1993) menyatakan bahawa, the invention of typography has been called the beginning of the Industrial Revolution. Landa (1996) merujuk kepada penggunaan komputer yang memberi penekanan kepada terutamnya komunikasi visual.
Memang tidak dinafikan bahawa taipografi memberi impak yang sangat besar kepada industri percetakan dan hamper samua media cetak telah berubah dari era konvensional (platen-style) kepada era digital.

                Hari ini taipografi lebih mudah dikenali dan difahami dengan penggunaan elemen-elemen seperti: huruf, teks, fon, imej, warna atau hitam putih, tetapi ianya perlu dilihat dari sudut bagaimana ianya berfungsi dan peranannya sebelum diaplikasikan dalam reka bentuk grafik, pembungkusan, atau identiti korporat, mahupun multimedia. Elemen-elemen yang tidak boleh tidak diketahui antaranya: anatomi, leading, kerning, pica, point, fon, readability dan legibility. Tetapi sebenarnya ada elemen-elemen tersebut boleh diabaikan apabila di manipulasi atau diaplikasikan ke atas kertas atau di skrin komputer.

                Jury (2004) memperkatakan tentang penggunaan taipografi dalam teknologi digital percetakan, ‘rules can be broken, but never ignored’. Ini adalah kerana tujuan cetakan huruf atau perkataan supaya ianya boleh dibaca. Taipografi mempunyai hubungkaitnya dengan percetakan, malahan di peringkat awalnya bermula German dan tidak dilupakan di negara China.

                Dalam kehidupan harian kita akan dapati bahawa pada setiap waktu dan ketika, tempat dan peristiwa, apa yang kita lihat, sentuh, begitu juga dengan produk komunikasi seperti blog, facebeook, yahoo messenger, ataupun laman web, setem, poskad, poster, signboard, iklan, logo, filem dan pembungkusan tidak akan terlepas daripada elemen taipografi dan menjadi satu kemestian kepenggunaannya.

                Taipografi dalam era media baru pula menjadi perantara dan mainan dalam komunikasi dan penulisan dengan adanya sms, mms, twitter. Tidak dinafikan, bahawa taipografi menjadi sangat penting dan begitu popular di kalangan generasi-x dewasa ini. Tanpa taipografi, semua yang disebut di atas menjadi sukar dalam perlaksanaannya.

                Typography is the art, craft and techniques of type design, modifying type glyphs, and arranging type. Type glyphs (characters) are created and modified using a variety of illustration techniques. The arrangement of type is the selection of typefaces, point size, line length, leading (line spacing) and letter spacing from http://en.wikipedia.org/wiki/Graphic_design

0 comments:

Post a Comment