Reka Bentuk gRAFIK (What is graphic design?)


Apa dia reka bentuk gRAFIK? Kepada sesiapa kita nak bertanyakan soalan ini? Adakah perlu kita mencari jawapannya? Bagaimana jawapannya? Hari ini ada pelbagai jenis jawapan dan definisi yang diberikan oleh ahli-ahli akademik mahupun pereka bentuk tentang apa dia sebenarnya reka bentuk grafik.

Dari dulu hingga sekarang, saya kerap menyebut perkataan ‘grafik’ atau graphic design dalam memahami dan memperkatakan tentang perkara yang hendak kita bincangkan dalam buku ini. Menurut Resnick (2003) “graphic design is the most ubiquitous of all the art forms since it can be found everywhere and anywhere – in our homes, in the restaurants we frequent, on the streets we walk, on the highways we drive, in the movies and theaters we attend, and in every shop we enter”. Apa lagi yang tinggal?

Tidak dinafikan bahawa samada dari media cetak atau media elektronik item reka bentuk grafik telah dan akan terus digunapakai dan diletakkan pada suatu tahap yang mana ianya akan menjadi satu keperluan sampai bila-bila (unstoppable) oleh setiap pengguna tanpa mengira peringkat umur, jantina atau bangsa. Logo dan branding, laman web, penerbitan (majalah, risalah, surat khabar dam buku), iklan, tv, handphone, dan produk pembungkusan adalah antara pengaplikasian reka bentuk grafik. Pergi sahaja ke McDonald, KFC, Burger King atau ke KLCC ada sahaja kelihatannya penggunaan grafik.

0 comments:

Post a Comment