Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat atau mengumpulkan idea bagi setiap tugasan atau projek yang diberi atau ditugaskan, lebih-lebih lagi sekiranya perlu dihasilkan dalam waktu yang singkat, tetapi acapkalinya dapatan idea tersebut dipengakhirannya. Penghasilan idea pula bergantung kepada pelbagai sumber antaranya: ilmu yang sedia ada ( dari sekolah, IPTA dari kawan senior), pengalaman, pembacaan dan rujukan kajian, pemerhatian, pengubahsuaian,berfikir, berimaginasi (berkhayal), berbincang, bercerita, ujikaji (try & error), komen dari kawan yang bukan ahli. Senang cerita idea perlu dikorek dari minda dan terus ke jari –jemari. Walaumacamana sekalipun idea tersebut tetap ada cuma yang membezakannya ialah adakah ianya yang terbaik atau sebaliknya seperti yang dikehendaki.
Menurut Philips, J.C dan Lupton, E (2008) dalam buku yang bertajuk Graphic Design The New Basics,menyatakan bahawa perlunya ada sempadan di antara penggunaan komputer dan pemikiran visual (visual thinking) dalam pencarian idea, dengan itu akan menyebabkan peningkatan dalam proses kreativiti dan pencambahan fikiran. Tidak dinafikan elemen kreativiti menjadi kayukur kepada penghasilan produk yang dihasilkan dengan apa saja media yang digunakan, secara tidak langsung akan meningkatkan pemikiran visual. Ini adalah kerana bagi setiap tugasan persembahannya berbeza; seperti: brochure, flyer, newsletter &booklets, begitu juga dengan business card, personal card, letter head, envelope, certificate, folder, tag. Manakala bagi format yang besar seperti: banner, bunting, backdrop, signage, poster, sticker ternyata berbeza tugasan yang kita persembahkan.
Menurut Ambrose & Harris (2008) “design, by its nature, is a versatile and creative discipline, but designers will often find themselves working within defined boundaries, such as standard paper sizes, measurement systems and grids.these are the basic building blocks that help to give structure basic building blocks that help to give structure to a job, and a firm grasp of such fundamental concepts is crucial to good design.
Bidang kerja studio reka bentuk grafik tidak akan terlepas daripada penggunaan piawaian ukuran metric yang telah ditetapkan, komposisinya dan grid. Yang mana adakalanya kita perlu buat samada follow the rules or breaking the rules. Hari ini pereka grafik tidak lagi terikat sepenuhnya dengan peraturan yang digunapakai pada satu ketika dulu, malahan reka bentuk grafik yang dihasilkan menjadi lebih abstrak atau simbolik terutamanya penggunaan teks dan imej.
0 comments:
Post a Comment