
Langkah yang pertama sebelum logo dihasilkan ialah menentukan tema atau tajuk sebelum memilih fon, warna, imej atau grafik yang sesuai. Reka cipta logo mestilah bersifat dinamik dan kreatif dan bersesuaian dengan kehendak identiti korporat syarikat, pertubuhan atau organisasi tersebut yang melambangkan sebuah logo yang unggul dari logo-logo yang sediada. Maklumat asas bagi menghasilkan logo perlulah diketahui.

Langkah yang ketiga, unsur warna perlu ditentukan bertujuan bagi memberi kesan kepada imej sesuatu syarikat, organisasi atua pertubuhan yang direka bentuk. Kebanyakan logo, permilihan warna tidak lebih daripada tiga(3) tetapi ianya tidak terikat hanya tiga warna sahaja. Penggunaan warna ‘gradient’ selalunya dielakkan.
.jpg)
.jpg)
Menurut Levenson (1995) logo ialah ‘a combination of characters and or graphics to create a single design that is used to identity a company, it is often trademarked and is always included on all company printed material’. Pimentel (1997) pula menyatakan, reka bentuk logo’ provide a quick visual shorthand for all the meaning, associations, and equity associated with a brand’. Hassan Mohd Ghazali (2000) pula, menyatakan logo ialah lambang, atau tanda pergerakan bagi sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan kelab dan persatuan dan sesuatu aktiviti. Morioka dan Adam (2004) mentakrifkan logo sebagai satu simbol yang terang dan berbeza bagi sesebuah syarikat, objek, penerbitan, khidmat masyarakat ataupun idea. Mengikut pendapat Guitton (2006) pula, reka bentuk sesebuah logo perlu mempunyai nilai , konsep entity dan identitinya melalui rupa grafik, 3-dimensi, yang wujud dalam kehidupan di dunia ini. Cheung (2007) mengatakan bahawa logo terletak pada identitinya dam first impression di pasaran yang merupakan iklan kecil syarikat untuk memudahkan masyarakat mengingati siapakah syarikat tersebut dan khidmat apa yang mereka berikan.
0 comments:
Post a Comment