Proses Reka Bentuk Pembungkusan

Proses reka bentuk pembungkusan adalah merupakan satu proses yang memerlukan pendekatan yang agak rumit dan teliti, supaya ianya dapat menghasilkan satu reka bentuk yang baik serta berkesan, persoalannya di mana mulanya? Pada hakikatnya tiada tips atau jalan pintas yang boleh membantu kecuali dengan mencuba dan terus mencuba yang bermula dengan beberapa lakaran draft atau thumbnail sketches.

                Bagi mereka yang agak mahir dengan perisian Adobe Photoshop atau Illustrator – langkah pertama yang dilakukan kemungkinan besar bermula dengan imej atau gambar yang diimport dari laman web atau imej folder yang sediada. Jika tidak, lakaran thumbnail yang dilukis secara manual dan diimport ke stage. Walaubagaimanapun, idea bagi setiap orang berbeza-beza, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mengambil idea dari reka bentuk yang sediada atau yang berkaitan dengan subject matter yang hendak dihasilkan.

                Hari ini, kita boleh mengakses informasi pengetahuan yang tanpa had (no limit) dari laman web berkaitan dengan apa sahaja tentang pembungkusan, sebut saja kita – boleh capai. Tetapi ada kalanya, kita tidak ada masa untuk semua itu, jalan pintas (lebih kurang saja) selalu diambil kira dan mengharapkan bahawa akan terhasil (berlaku) satu reka bentuk yang boleh dibanggakan dan kerapkalinya ia tidak berlaku. Bagaimana pula dengan – strategi pemasaran, branding, iklan, dan macam-macam lagi.

                Kesimpulannya, dapat kita menyatakan disini, bahawa proses mereka bentuk sesebuah pembungkusan perlulah ada satu strategi yang dapat memberikan input sebelum memberikan output.

0 comments:

Post a Comment