Tugasan 5 - Brochure



SIEW CHEN HONG, D20111047270

  1. "Brochure" ini telah dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Indesign CS5'.
  2. Tugasan ini adalah bertema kasut.
  3. Hasil idea tugasan tersebut adalah daripada inspirasi saya.
  4. Dalam tugasan tersebut, nama syarikat kasut tumit saya adalah "Funky" yang bermaksud pelik.
  5. Oleh itu, kasut tumit yang saya cari adalah pelik tetapi membawa sedikit kecomelan.
  6. Warna yang saya gunakan dalam "brochure" saya adalah bersikap pelik dan terang supaya ia seiras dengan nama syarikat "Funky" saya, selagi bagi menarik perhatian pembeli saya.
  7. Tulisan yang saya gunakan juga bersikap pelik dan unik. 



                                                   
CHAN YI CHEE D20111047258
  1. 'Brochure' ini telah dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Indesign CS5'.
  2. Tema yang diberi untuk tugasan tersebut ialah kasut.
  3. Saya menyiapkan tugasan tersebut dengan memilih tema kasut tumit perempuan dalam musim bunga.
  4. Oleh itu, warna latar belakang dan kasut tumit yang dipilih adalah lebih terang dan berwarna-warni.
  5. Saya juga telah memberi nama 'Springo High Heel' dalam 'brochure' saya.
  6. Idea tersebut adalah daripada inspirasi saya.
  7. Saya juga telah meletakkan pelbagai jenis gambar kasut bagi membuatkan 'brochure' saya lebih menarik.

Tugasan 4 - Pembungkusan (Packaging)

SIEW CHEN HONG, D20111047270

  1. Tugasan ini telah dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Illustrator CS5'.
  2. Tugasan tersebut adalah bertema Industri Kecil dan Sederhana, IKS, dan saya dikehendaki untuk memilih produk "kering" (goreng sahaja).
  3. Akhirnya, saya memilih keropok ikan sebagai produk tugasan saya.
  4. Pensyarah saya telah mendedahkan maklumat yang secukupnya kepada kita tentang maklumat yang perlu ada dalam model pembungkusan kita seperti logo, nama, gambar keropok, cop halal, "bar code", ramuan, resipi penghasilan, dan lain-lain.
  5. Hasil idea tugasan ini adalah daripada rujukan pembungkusan dalam kedai luar dan juga dalam Internet.
  6. Akhirnya, pembungkusan tersebut telah dicetak dalam kertas 'glossy'. Kemudian, hasil cetak tersebut telah dilipat untuk menjadi model pembungkusan.

                                                   
CHAN YI CHEE D20111047258
  1. Tugasan ini telah disiapkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Illustrator CS5'.
  2. Tugasan ini telah diberi tema bagi mereka bentuk pembungkusan produk industri kecil dan sederhana.
  3. 'Template' yang saya pilih adalah 'samples' yang diupload oleh pensyarah saya.
  4. Pensyarah saya telah memberi sedikit sebanyak maklumat tentang format, logo dan 'tag lines' tentang pembungkusan tersebut.
  5. Idea saya untuk menyiapkan tugasan ini adalah daripada rujukan 'samples' yang disiapkan oleh pereka lain dalam 'google search' dan telah melakukan pelbagai 'sketches'.
  6. Akhirnya, pembungkusan perlu dicetak dalam kertas 'glossy'. Kemudian, hasil cetak tersebut perlu dilipat dan menjadi model pembungkusan.

Tugasan 3 - 'Quote' Taipografi

SIEW CHEN HONG, D20111047270
  1. Tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Illustrator CS5'.
  2. Hasil idea tugasan ini adalah daripada inspirasi saya sendiri.
  3. Saya menggunakan "quote - A beautiful thing never gives so much pain as does failing to hear and see it." untuk menghasilkan bentuk belon.
  4. Sebab saya ada inspirasi ini adalah kerana ketika belon terbang ke langit, ia mengandungi kecantikan yang unik apabila ia terbang dengan bebas. 


               CHAN YI CHEE D20111047258
  1. Tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Illustrator CS5'.
  2. Hasil idea tugasan ini adalah daripada inspirasi saya sendiri.
  3. Saya telah menggunakan quote iaitu:-"Whether You Think You Can or You Think You Cannot" yang diberikan oleh pensyarah saya sebagai tema bagi menyiapkan tugasan taipografi.
  4. Kita telah diberi masa selama dua jam untuk menyiaokan hasil ini.
  5. Akhirnya, saya telah membentuk muka dan otak orang dengan quotes yang diberikan.
  6. Saya telah menaip 'quote' tersebut dalam bentuk otak itu bagi mengaitkan dengan maksud 'quote' tersebut.   




Tugasan 2 - Reka Bentuk Poster Pasar Minggu (Photo-Studies)

SIEW CHEN HONG, D20111047270

  1. Tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Photoshop CS5'.
  2. Hasil idea tugasan ini adalah daripada inspirasi saya sendiri.
  3. Gambar-gambar buah dalam tugasan tersebut adalah diambil daripada pasar malam Tanjung Malim.
  4. Konsep yang saya ingin tunjukkan dalam tugasan tersebut adalah buah durian sebagai 'Raja Buah' dan dikelilingi oleh buah-buahan yang lain. Selain itu, mahkota yang saya hasilkan juga mengandungi gambar buah-buahan lain.
  5. Akhirnya, latar belakang yang berwarna kuning mewakili keanggungan buah durian dan telah berjaya menunjukkan sistem hierarki dalam kalangan buah-buahan.




CHAN YI CHEE, D20111047258
  1. Tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Photoshop CS5'.
  2. Tugasan ini perlu dilakukan dengan mengambil gambar-gambar di pasar malam Tanjung Malim dan perlu memilih tema yang tersendiri.
  3. Saya telah memilih makanan dan minuman yang berwarna kuning untuk tema saya.
  4. Kemudian, saya mengatur gambar-gambar saya untuk menjadikan satu poster tentang makanan dan minuman yang berwarna kuning.

Tugasan 1 - Reka Bentuk Iklan (Self-Portrait)


SIEW CHEN HONG, D20111047270

  1. Tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Photoshop CS5'.
  2. Hasil idea tugasan ini didapati daripada buku majalah dan juga pendapat daripada kawan-kawan. 
  3. 4 gambar posisi yang berbeza itu diambil dengan menggunakan latar belakang yang terang, supaya dapat memudahkan proses "cropping".
  4. Latar belakang gambar yang saya pilih adalah Perpustakaan UPSI, kerana bangunan ini sesuai dan seiras dengan "quotation" yang saya gunakan.
  5. "Quote" yang saya gunakan untuk mempromosikan universiti saya adalah "UPSI creates my FUTURE!", "UPSI is the BEST!", "UPSI is BIG!", dan "I <3 UPSI!".
  6. "Quote - Path of Success" diedit pada jalan bagi memberi impak bahawa saya ingin berjaya dalam kehidupan.



CHAN YI CHEE, D20111047258

  1. Tugasan ini telah dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Photoshop CS5'.
  2. Tugasan ini telah dilakukan bagi mempromosikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  3. Idea saya bagi menyiapkan tugasan tersebut adalah membuat rujukan dalam laman web dan meminta tunjuk ajar daripada pensyarah saya.
  4. Promosi ini dilakukan dengan menunjukkan 'Quotes', persekitaran dan bangunan UPSI.


Penghasilan Pembungkusan

Menurut Adducci & Keller (2008) terdapat empat kriteria utama bagi sesebuah bungkusan itu berjaya iaitu berlandaskan kepada faktor-faktor seperti berikut: identification, functionality, personality dan navigation. Identification merujuk kepada sejauh manakah pengguna boleh mengenali produk atau pembungkusan yang dipamerkan apabila mereka membelinya dan ianya menjadi asas kepada mereka bentuk bungkusan. Persoalan yang selalu dikaji ialah: apakah perkara pertama yang dilihat oleh pengguna setiap kali melihat produk di atas rak jualan? Rupa, logo, warna, tanda harga, bahan yang digunapakai, imej teks atau peratus diskaun yang dipamerkan oleh penjual.

                Faktor kedua yang diperlu diketahui ialah functionality. Bagi setiap produk yang dibeli, para pengguna akan melihat dan memastikan bahawa keupayaan produk tersebut berfungsi. Keupayaan berfungsi oleh produk tersebut meningkatkan keyakinan pengguna kepada matlamat keinginan mereka untuk membeli. Walaubagaimanapun, tahap kefahaman pengguna menggunakan produk tersebut menjadi pilihan utama samada ianya mudah atau sukar difahami.

                Manakala, personality merujuk kepada bagaimanakah maklumat yang direka bentuk ke atas produk bungkusan berkesan, menarik, serutama. Kalau tidak matlamat utama untuk mencapai pembelian lebih dari sejuta pembeli tidak akan tercapai.

                Akhir sekali ialah faktor navigation, yang merujuk kepada pengguna mengetahui dalam mencari di mana memperolehi produk yang dijual. Faktor ini sama seperti faktor identification,yang bergantung kepada gaya reka bentuk yang terdiri daripada: taipografi, warna, patterns, huruf, rupa dan item lain yang berkaitan dengan maklumat yang perlu ada dalam mereka bentuk bungkusan.



                Ternyata bahawa keempat-empat faktor yang dinyatakan di atas dapat membantu pereka bentuk dalam menghasilkan reka bentuk pembungkusanyang baik, sesuai, menarik dan berkesan.

Proses Reka Bentuk Pembungkusan

Proses reka bentuk pembungkusan adalah merupakan satu proses yang memerlukan pendekatan yang agak rumit dan teliti, supaya ianya dapat menghasilkan satu reka bentuk yang baik serta berkesan, persoalannya di mana mulanya? Pada hakikatnya tiada tips atau jalan pintas yang boleh membantu kecuali dengan mencuba dan terus mencuba yang bermula dengan beberapa lakaran draft atau thumbnail sketches.

                Bagi mereka yang agak mahir dengan perisian Adobe Photoshop atau Illustrator – langkah pertama yang dilakukan kemungkinan besar bermula dengan imej atau gambar yang diimport dari laman web atau imej folder yang sediada. Jika tidak, lakaran thumbnail yang dilukis secara manual dan diimport ke stage. Walaubagaimanapun, idea bagi setiap orang berbeza-beza, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mengambil idea dari reka bentuk yang sediada atau yang berkaitan dengan subject matter yang hendak dihasilkan.

                Hari ini, kita boleh mengakses informasi pengetahuan yang tanpa had (no limit) dari laman web berkaitan dengan apa sahaja tentang pembungkusan, sebut saja kita – boleh capai. Tetapi ada kalanya, kita tidak ada masa untuk semua itu, jalan pintas (lebih kurang saja) selalu diambil kira dan mengharapkan bahawa akan terhasil (berlaku) satu reka bentuk yang boleh dibanggakan dan kerapkalinya ia tidak berlaku. Bagaimana pula dengan – strategi pemasaran, branding, iklan, dan macam-macam lagi.

                Kesimpulannya, dapat kita menyatakan disini, bahawa proses mereka bentuk sesebuah pembungkusan perlulah ada satu strategi yang dapat memberikan input sebelum memberikan output.

Kriteria Utama Pembungkusan

Menurut Landa (1996), sesebuah bungkusan itu apabila diletakkan di atas ruang pameran untuk jualan ianya secara tidak langsung bersaing dengan jenama atau pembungkusan yang lain disebelahnya. Ianya perlulah menarik, dapat dikenali atau dilihat dengan jelas, bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan di pasaran. Objektif utama yang perlu ada dalam mereka bentuk sesebuah pembungkusan antaranya:

v  Menjadikan ia boleh berfungsi.
v  Mengkaji bahan yang digunakan dalam proses pembinaan
v  Memahami konsep guna semula atau kitar semula
v  Tidak mengabaikan masalah dalam mereka bentuk kedua-dua jenis pembungkusan secara 2-Dimensi dan 3-Dimensi.
v  Mempertimbangkan maklumat yang perlu ada pada setiap bahagian bungkusan
v  Mereka bentuk pembungkusan supaya ianya nampak menarik kepada pengguna dan dari sudut estetiknya juga
v  Membuat kajian bungkusan jenama yang lain
v  Mereka bentuk pembungkusan yang menyerlah dan tersendiri
v  Penggunaan warna yang bersesuaian
v  Kordinasi warna dan reka bentuk bersesuaian dengan tema dan isi kandungan bungkusan
v  To make it work with a larger visual identity system (if applicable)
v  To ensure legibility and clarity
v  To consider it will be seen in multiples when on display
v  To express the spirit or personality of the product and company or store
v  To identify its manufacturer, product name, contents, weight and provide any other pertinent information

Pembungkusan

Pembungkusan adalah sesuai digunakan untuk membungkus makanan, confectionery, hadiah,cecair, ubat-ubatan, proses pemindahan, pameran dan lain-lain. Bahan yang digunakan sebagai pembungkusan antaranya seperti: carton board, corrugated cardboard, plastik, multimaterial, dan waterproof board.

                Anda dikehendaki mereka bentuk bungkusan (kotak) yang berupakan samada makanan, coklat, biskut, gula-gula, peralatan wanita atau lelaki etc. reka bentuk anda perlu memasukkan perkara berikut: logo & alamat syarikat, net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line, motto/tema, nama produk tersebut, teks dan imej reka bentuk yang dipilih.


Selain daripada strategi pemasaran, branding dan iklan, di antara kriteria lain yang perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan ialah: reka bentuk, reka letak yang terumpu kepada perletakan taipografi (samada fon: 2D atau 3D dan saiz), pemilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk. Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagu setiap pembungkusan seperti logo & alamat syarikat, net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line, motto atau tema dan nama produk tersebut.

Proses Logo Huruf Ringkas

Proses menghasilkan logo bergantung kepada tujuan ianya dihasilkan samada dalam bentuk logo huruf, logo simbol ataupun logo representasi. Ianya ditentukan berdasarkan kehendak sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, organisasi atau kepentingan individu. Perlu diingatkan bahawa penghasilan logo turut bergantung kepada kreativiti yang dikaitkan dengan pemahaman kepada asas seni reka (unsur seni & prinsip rekaan).

Langkah yang pertama sebelum logo dihasilkan ialah menentukan tema atau tajuk sebelum memilih fon, warna, imej atau grafik yang sesuai. Reka cipta logo mestilah bersifat dinamik dan kreatif dan bersesuaian dengan kehendak identiti korporat syarikat, pertubuhan atau organisasi tersebut yang melambangkan sebuah logo yang unggul dari logo-logo yang sediada. Maklumat asas bagi menghasilkan logo perlulah diketahui.

Langkah yang kedua ialah dengan mengumpul dan menghasilkan seberapa banyak idea yang bole daripada rujukan buku, internet, majalah dan menghasilkan sketsa (draf), thumbnail reka bentuk logo ringkas. Logo yang direka bentuk hendaklah asli iaitu semua reka bentuk hendaklah asli tidak ditiru dari orang lain. Reka bentuk logo tidak boleh sama sekali dan dilarang mengandungi unsur-unsur yang boleh dianggap sensitif dari segi kaum, budaya dan agama.

Langkah yang ketiga, unsur warna perlu ditentukan bertujuan bagi memberi kesan kepada imej sesuatu syarikat, organisasi atua pertubuhan yang direka bentuk. Kebanyakan logo, permilihan warna tidak lebih daripada tiga(3) tetapi ianya tidak terikat hanya tiga warna sahaja. Penggunaan warna ‘gradient’ selalunya dielakkan.

Langkah yang keempat, setelah membuat pemilihan dari lukisan draf yang terbaik, mulai membuat rekaan dengan menentukan komposisinya, reka letak dan grafik. Asas seni reka (unsur seni & prinsip rekaan perlu juga difikirkan. Logo yang telah dipilih hendaklah tetap ‘legible’ apabila saiznya dibesarkan atau dikecilkan. Terutamnya apabila ianya dibuat salinan iaitu diguna semula ianya tidak berubah. Penggunaan vector (perisian illustrator) digalakkan berbanding bitmap (photoshop).

Langkah yang kelima, adalah proses terakhir yang perlu dilakukan terhadap huruf, imej, warna, grafik dan sebahagian dengan memberi maksud rasional, definisi atau pengertian pada setiap bahagian logo. Aplikasi dimana logo akan diletakkan seperti pada kadnama, sampul surat, surat rasmi, risalah, poster, flyer dan lain-lain. Akhirnya logo tersebut dicetak di atas kertas A4 dan ditampalkan di atas kertas tebal ‘mounting board’ dan disimpan di dalam ‘softcopy’.
               
Menurut Levenson (1995) logo ialah ‘a combination of characters and or graphics to create a single design that is used to identity a company, it is often trademarked and is always included on all company printed material’. Pimentel (1997) pula menyatakan, reka bentuk logo’ provide a quick visual shorthand for all the meaning, associations, and equity associated with a brand’.  Hassan Mohd Ghazali (2000) pula, menyatakan logo ialah lambang, atau tanda pergerakan bagi sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan kelab dan persatuan dan sesuatu aktiviti. Morioka dan Adam (2004) mentakrifkan logo sebagai satu simbol yang terang dan berbeza bagi sesebuah syarikat, objek, penerbitan, khidmat masyarakat ataupun idea. Mengikut pendapat Guitton (2006) pula, reka bentuk sesebuah logo perlu mempunyai nilai , konsep entity dan identitinya melalui rupa grafik, 3-dimensi, yang wujud dalam kehidupan di dunia ini. Cheung (2007) mengatakan bahawa logo terletak pada identitinya dam first impression di pasaran yang merupakan iklan kecil syarikat untuk memudahkan masyarakat mengingati siapakah syarikat tersebut dan khidmat apa yang mereka berikan.

Logo

Logo  ialah lambang atau tanda identity (trademark) berbentuk 2-dimensi  atau 3-dimensi, warna atau monokrom, geometri atau organic, tipografi, abstrak bagi mewakili identity korporat sesebuah syarikat, produk dan perkhidmatan. Logo terbahagi kepada empat jenis logo huruf, logo symbol, logo representasi dan logo ambigram.

1. Logo Huruf (typographic Marks)
Logo huruf atau tipografi menggunakan fon atau muka taip menghasilkan identity korporat atau trademark berbentuk imej logo. Logo huruf berbentuk perkataan atau logo huruf ringkas (initials). Pendekatan tipografi perlu dimasukkan unsur grafik seperti (garisan, imej, rupa organic atau geometric, warna) di dalam kandungan logo bagi memperkembangkan lagi identitinya.

2. Logo Simbol (Symbolic Marks)
Logo symbol memberikan sedikit tambahan reka bentuk ke dalam tanda identitinya berbanding dengan logo representasi (logo diskriptif). Terutamanya dalam penambahan  unsur-unsur figura (rupa: organic, geometric atau abstrak dan bentuk: 2-dimensi atau 3-dimensi).

3. Logo Representasi (Descriptive Marks)
Logo representasi atau dikenali dengan descriptive marks menggunakan imej visual yang mempunyai kaitan atau hubungkait secara langsung di antara syarikat perniagaan dan produk, atau perkhidmatan pelanggan.



4. Logo Ambigram
An ambigram is a typographical design or artform that may be read as one or more words not only in its form as presented, but also from another viewpoint, direction, or orientation. The words readable in the other viewpoint, direction or orientation may be the same or different from the original word. Douglas R. Hofstadter describes an ambigram as a “calligraphic design that manages to squeeze two different readings into the selfsame set of curves.” Different ambigram artists (sometimes called ambigramists) may create completely different ambigrams from the same word or words, differing in both style and form daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Ambigram

Taipografi Sebagai Imej

Penggunaan taipografi melalui huruf, nombor dan symbol samada dari bahasa Melayu, China, India, Siam dan bahasa lain boleh menghasilkan imej yang membawa pengertian kepada maklumat, idea, symbol yang hendak disampaikan. Kreativiti dan imaginasi dalam menggabungkan, memanipulasi dan mengubahsuai setiap huruf atau nombor memerlukan penyusunan yang teratur. Menurut Resnick (2003) ‘ letterforms can be altered and manipulated to become both the image and a message’. Menurut beliau lagi, ‘typography is a visual graphic language when it is used creativity and expressively and a verbal written language when it is combined with an image’.

                



Menurut Stoklossa (2005), imej dan huruf mempunyai hubungan yang sangat rapat di antara satu sama lain. Reka bentuk imej dan huruf sangat luas penggunaannya dan keberkesanannya amatlah mengkagumkan.

Definisi Taipografi

Menurut Squire (2006), ‘typography is the mechanical arrangement and organization of written words in such a way as to facilitate communication of the content’. Squire menekankan kepada konteks komunikasi dalam menyampaikan maklumat dalam taipografi. Berbeza dengan pendapat Haslam & Baines (2005), yang memberikan definisi taipografi sebagai ‘typography is the mechanical notation and arrangement of languages used to make multiple copies, whether by printed or electronic means’. Manakala, Hassan (1999) pula mendefinisikan taipografi sebagai seni memilih dan mengatur huruf. Menurut Morioka et al. (2006), ‘typography is picture or words’.

                Maksud taipografi pada asalnya ialah ‘the arts of designing printed products according to aesthetic criteria’. Perkataan tersebut berasal dari bahasa Greek dan bermula daripada typos (impression) dan graphien (to write) – Heildelberg News 1/98 Volume 55.

Levenson (1995) memberikan pendapat yang sama, taipografi sebagai ‘the use of different styles of type to express ideas, concepts, and design’. Resnick (2003) pula berpendapat bahawa, ‘typography is the art of designing with type. Type is the term used for the letters in the alphabet, the numbers and the punctuation marks that make words, sentences and blocks of text.The term typeface refers to the design of all the characters mentioned above, unified by common visual elements’. Muka taip lebih dikenali dengan elemen-elemen seperti bold, italic dan saiznya.

Manakala, Meggs et al. (1993) menyatakan bahawa, the invention of typography has been called the beginning of the Industrial Revolution. Landa (1996) merujuk kepada penggunaan komputer yang memberi penekanan kepada terutamnya komunikasi visual.
Memang tidak dinafikan bahawa taipografi memberi impak yang sangat besar kepada industri percetakan dan hamper samua media cetak telah berubah dari era konvensional (platen-style) kepada era digital.

                Hari ini taipografi lebih mudah dikenali dan difahami dengan penggunaan elemen-elemen seperti: huruf, teks, fon, imej, warna atau hitam putih, tetapi ianya perlu dilihat dari sudut bagaimana ianya berfungsi dan peranannya sebelum diaplikasikan dalam reka bentuk grafik, pembungkusan, atau identiti korporat, mahupun multimedia. Elemen-elemen yang tidak boleh tidak diketahui antaranya: anatomi, leading, kerning, pica, point, fon, readability dan legibility. Tetapi sebenarnya ada elemen-elemen tersebut boleh diabaikan apabila di manipulasi atau diaplikasikan ke atas kertas atau di skrin komputer.

                Jury (2004) memperkatakan tentang penggunaan taipografi dalam teknologi digital percetakan, ‘rules can be broken, but never ignored’. Ini adalah kerana tujuan cetakan huruf atau perkataan supaya ianya boleh dibaca. Taipografi mempunyai hubungkaitnya dengan percetakan, malahan di peringkat awalnya bermula German dan tidak dilupakan di negara China.

                Dalam kehidupan harian kita akan dapati bahawa pada setiap waktu dan ketika, tempat dan peristiwa, apa yang kita lihat, sentuh, begitu juga dengan produk komunikasi seperti blog, facebeook, yahoo messenger, ataupun laman web, setem, poskad, poster, signboard, iklan, logo, filem dan pembungkusan tidak akan terlepas daripada elemen taipografi dan menjadi satu kemestian kepenggunaannya.

                Taipografi dalam era media baru pula menjadi perantara dan mainan dalam komunikasi dan penulisan dengan adanya sms, mms, twitter. Tidak dinafikan, bahawa taipografi menjadi sangat penting dan begitu popular di kalangan generasi-x dewasa ini. Tanpa taipografi, semua yang disebut di atas menjadi sukar dalam perlaksanaannya.

                Typography is the art, craft and techniques of type design, modifying type glyphs, and arranging type. Type glyphs (characters) are created and modified using a variety of illustration techniques. The arrangement of type is the selection of typefaces, point size, line length, leading (line spacing) and letter spacing from http://en.wikipedia.org/wiki/Graphic_design

Apa dia Taipografi? (What is typography)

Taipografi boleh dilihat disekeliling kita, signage, tiket keretapi, bas, buku masakan, laman web, bungkusan, iklan…sehinggakan, apa saja yang kita guna dan lihat hamper semuanya terlibat dengan penggunaan taipografi.

             Merujuk kepada buku yang ditulis oleh Squire (2006) bertajuk “Getting It Right with Type” kita akan merasakan betapa banyaknya yang perlu dipelajari dan diketahui dalam memahami dan mendalami apa yang dimaksudkan dengan perkataan taipografi dan penggunaanya. Setiap terminologynya perlu diketahui seperti technical terminology, apa dia muka/rupa taip (type-faces), readability, kerning, letterspacing, wordspacing, leading, alignment, widows and orphans, grid, layout, paragraphs, hubungan antara huruf dan imej dan lainnya.

                Bagi seorang pelajar, pereka bentuk grafik (graphic designer) dan tenaga pengajar grafik mungkin ianya tidak menjadi satu kesulitan atau kepayahan untuk mempelajarinya. Tetapi, jika ia melibatkan mereka yang tidak tahu (non-designer), ianya akan menjadi satu yang amat membebankan. Walaubagaimanapun, pada hari ini dengan adanya komputer semua elemen-elemen dan terminology yang berkaitan dengan taipografi telah dipermudahkan, diringkaskan sehinggakan pada setiap perisian yang digunakan seperti word, illustrator, photoshop, indesign, flash, director ada tertera istilah-istilah yang digunapakai dalam taipografi (pop-up teks).

Macam Mana "Designers" Dapat Idea?

Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat atau mengumpulkan idea bagi setiap tugasan atau projek yang diberi atau ditugaskan, lebih-lebih lagi sekiranya perlu dihasilkan dalam waktu yang singkat, tetapi acapkalinya dapatan idea tersebut dipengakhirannya. Penghasilan idea pula bergantung kepada pelbagai sumber antaranya: ilmu yang sedia ada ( dari sekolah, IPTA dari kawan senior), pengalaman, pembacaan dan rujukan kajian, pemerhatian, pengubahsuaian,berfikir, berimaginasi (berkhayal), berbincang, bercerita, ujikaji (try & error), komen dari kawan yang bukan ahli. Senang cerita idea perlu dikorek dari minda dan terus ke jari –jemari. Walaumacamana sekalipun idea tersebut tetap ada cuma yang membezakannya ialah adakah ianya yang terbaik atau sebaliknya seperti yang dikehendaki.

Menurut Philips, J.C dan Lupton, E (2008) dalam buku yang bertajuk Graphic Design The New Basics,menyatakan bahawa perlunya ada sempadan di antara penggunaan komputer dan pemikiran visual (visual thinking) dalam pencarian idea, dengan itu akan menyebabkan peningkatan dalam proses kreativiti dan pencambahan fikiran. Tidak dinafikan elemen kreativiti menjadi kayukur kepada penghasilan produk yang dihasilkan dengan apa saja media yang digunakan, secara tidak langsung akan meningkatkan pemikiran visual. Ini adalah kerana bagi setiap tugasan persembahannya berbeza; seperti: brochure, flyer, newsletter &booklets, begitu juga dengan business card, personal card, letter head, envelope, certificate, folder, tag. Manakala bagi format yang besar seperti: banner, bunting, backdrop, signage, poster, sticker ternyata berbeza tugasan yang kita persembahkan.

Menurut Ambrose & Harris (2008) “design, by its nature, is a versatile and creative discipline, but designers will often find themselves working within defined boundaries, such as standard paper sizes, measurement systems and grids.these are the basic building blocks that help to give structure basic building blocks that help to give structure to a job, and a firm grasp of such fundamental concepts is crucial to good design.

                Bidang kerja studio reka bentuk grafik tidak akan terlepas daripada penggunaan piawaian ukuran metric yang telah ditetapkan, komposisinya dan grid. Yang mana adakalanya kita perlu buat samada  follow the rules or breaking the rules. Hari ini pereka grafik tidak lagi terikat sepenuhnya dengan peraturan yang digunapakai pada satu ketika dulu, malahan reka bentuk grafik yang dihasilkan menjadi lebih abstrak atau simbolik terutamanya penggunaan teks dan imej.

Idea

What’s the idea
1.       There is no magic formula for what constitutes a good idea.
2.       In any piece of design, everything should have a reason for being.
3.       Every idea has to come from somewhere.
4.       Designers must be open-mindedand allow their imaginations to roam.


Format gRAFIK

Ada dua file yang utama dalam reka bentuk grafik iaitu fail bitmap (pixmap) dan fail vektor. Bitmap boleh dikenali dengan rupatitik (a grid of dot) yang sangat kecil samada hitam putih, gray atau warna bagi setiap pixels (zero or one). Bitmap digunakan untuk tempat menyimpan fail imej digital. Penggunaan resolution bitmap yang rendah akan menyebabkan imej gambar yang dicetak kurang jelas (pecah).

                Fungsi vektor antaranya boleh dibesarkan atau dikecilkan, dilukis semula, atau apa saja tanpa merosakkan keadaan rupa imej yang asal seperti (garisan, rupa, bentuk, rupa geometric, organic yang berlandaskan (mathematical equations) walaupun dengan resolution yang rendah, kerana fail vektor bergerak bebas. Format grafik yang kerap kita gunakan antaranya TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PICT, RIP etc.

dpi – dots per inch
Merupakan ukuran kepada resolution atas skrin atau atas kertas cetakan dan dots juga dikenali sebagai pixelsResolution skrin atas komputer ialah 72 dpi, manakala mesin cetak seperti LaserWriter 300 dpi dan mesin photo imagesetter boleh melebihi 2,540 dpi.

Proof Copy
Adalah penting sekali setiap tugasan yang direka bentuk terlebih dahulu disemak sebelum dicetak dalam jumlah yang banyak. Pembetulan dan penambaikan ke atas salinan (proof copy) dapat membantu pelanggan membuat pilihan seperti yang dikehendaki.

EPSF – Encapsulated PostScript File
File ini merupakan satu file imej yang boleh digunakan semasa menyimpan imej. Ianya membenarkan data PostScript disimpan, diubahsuai dan mudah dibuka sama ada dalam Macintosh atau MS-DOS atau sistem yang lain.

JPEG – Joint Photographic Experts Group
Piawaian ke atas imej yang telah dipermudahkan iaitu file tersebut menjadi ringan (resolution yang redah) dan mudah untuk diguna semula.

RIP – Raster Image Processor
Satu alat yang telah diprogramkan bagi menterjemahkan arahan yang terdapat dalam helaian cetakan atau hasil grafik kepada bentuk paten dots (bitmap) yang digunakan untuk percetakan atau dilihat atas skrin. Data yang diperolehi daripada Macintosh atau PC ditukarkan menjadi paten dots (bitmap) sebelum menjadi file RIP (imagesetter) yang bertujuan menghasilkan filem atau plat cetakan.

TIFF – Tagged Image File Format
Format file grafik ini dibangunkan oleh Aldus, Adobe dan Apple bertujuan untuk menyesuaikan imej imbasan dan file bitmap yang besar. TIFF direka bentuk bagi membolehkan Macintosh dan MS-DOS menggunakan.

Proses Reka Bentuk gRAFIK

gRAFIK adalah satu proses yang berterusan – ianya melibatkan dan berkaitan terus dengan pengguna dan pereka bentuk (designer). gRAFIK kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk dimana produk yang dihasilkan menjadi penyampaian kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna.

                Landa (1996) dalam memperkatakan tentang proses reka bentuk, menurut beliau perkara yang paling utama ialah berfikir seperti seorang pereka bentuk. Diantara langkah-langkah yang dicadangkan oleh beliau ialah i) restate the problem in your own words; ii) do any research that needs to be done; iii) think with your pencil or mouse in your hand!; iv) choose your three best thumbnail sketches and turn them into roughs and v) choose your best rough and turn it into a comp.

                Berlainan sedikit dengan Resnick (2003) beliau berpendapat dalam setiap tugasan atau produk yang hendak dihasilkan, proses mereka bentuk perlu melalui lima peringkat yang utama: i) define the problem and establish the objectives; ii) do the research; iii) develop the ideas by brainstorming; iv) analyze ideas in terms of the project objectives and v) implement the final.

             Manakala Victor Cheung (2007) dalam bukunya yang bertajuk LogoLogy menyatakan tentang case studies (tugasan) dibahagikan kepada empat bahagian: assignment (the background of the specific project), development (from research to concept), solution (what the final outcome is) and application (as simple as it may seem for the last part).

                Kesimpulannya, kita akan dapati bahawa proses reka bentuk tidaklah mudah seperti yang disangka, walaupun sudah ada mouse dan pencil ditangan unless kiranya kita nak buat plagiarism. Sebenarnya tidak ada jalan pintas sekiranya kita berkehendakkan sesuatu yang excellent dan berkesan. Ikut saja apa yang telah disyorkan kerana mereka (designer) telah melaluinya dengan pengalaman yang bukan sedikit.