RSS

Tugasan 5 - Brochure



SIEW CHEN HONG, D20111047270

  1. "Brochure" ini telah dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Indesign CS5'.
  2. Tugasan ini adalah bertema kasut.
  3. Hasil idea tugasan tersebut adalah daripada inspirasi saya.
  4. Dalam tugasan tersebut, nama syarikat kasut tumit saya adalah "Funky" yang bermaksud pelik.
  5. Oleh itu, kasut tumit yang saya cari adalah pelik tetapi membawa sedikit kecomelan.
  6. Warna yang saya gunakan dalam "brochure" saya adalah bersikap pelik dan terang supaya ia seiras dengan nama syarikat "Funky" saya, selagi bagi menarik perhatian pembeli saya.
  7. Tulisan yang saya gunakan juga bersikap pelik dan unik. 



                                                   
CHAN YI CHEE D20111047258
  1. 'Brochure' ini telah dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Indesign CS5'.
  2. Tema yang diberi untuk tugasan tersebut ialah kasut.
  3. Saya menyiapkan tugasan tersebut dengan memilih tema kasut tumit perempuan dalam musim bunga.
  4. Oleh itu, warna latar belakang dan kasut tumit yang dipilih adalah lebih terang dan berwarna-warni.
  5. Saya juga telah memberi nama 'Springo High Heel' dalam 'brochure' saya.
  6. Idea tersebut adalah daripada inspirasi saya.
  7. Saya juga telah meletakkan pelbagai jenis gambar kasut bagi membuatkan 'brochure' saya lebih menarik.

Tugasan 4 - Pembungkusan (Packaging)

SIEW CHEN HONG, D20111047270

  1. Tugasan ini telah dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Illustrator CS5'.
  2. Tugasan tersebut adalah bertema Industri Kecil dan Sederhana, IKS, dan saya dikehendaki untuk memilih produk "kering" (goreng sahaja).
  3. Akhirnya, saya memilih keropok ikan sebagai produk tugasan saya.
  4. Pensyarah saya telah mendedahkan maklumat yang secukupnya kepada kita tentang maklumat yang perlu ada dalam model pembungkusan kita seperti logo, nama, gambar keropok, cop halal, "bar code", ramuan, resipi penghasilan, dan lain-lain.
  5. Hasil idea tugasan ini adalah daripada rujukan pembungkusan dalam kedai luar dan juga dalam Internet.
  6. Akhirnya, pembungkusan tersebut telah dicetak dalam kertas 'glossy'. Kemudian, hasil cetak tersebut telah dilipat untuk menjadi model pembungkusan.

                                                   
CHAN YI CHEE D20111047258
  1. Tugasan ini telah disiapkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Illustrator CS5'.
  2. Tugasan ini telah diberi tema bagi mereka bentuk pembungkusan produk industri kecil dan sederhana.
  3. 'Template' yang saya pilih adalah 'samples' yang diupload oleh pensyarah saya.
  4. Pensyarah saya telah memberi sedikit sebanyak maklumat tentang format, logo dan 'tag lines' tentang pembungkusan tersebut.
  5. Idea saya untuk menyiapkan tugasan ini adalah daripada rujukan 'samples' yang disiapkan oleh pereka lain dalam 'google search' dan telah melakukan pelbagai 'sketches'.
  6. Akhirnya, pembungkusan perlu dicetak dalam kertas 'glossy'. Kemudian, hasil cetak tersebut perlu dilipat dan menjadi model pembungkusan.

Tugasan 3 - 'Quote' Taipografi

SIEW CHEN HONG, D20111047270
  1. Tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Illustrator CS5'.
  2. Hasil idea tugasan ini adalah daripada inspirasi saya sendiri.
  3. Saya menggunakan "quote - A beautiful thing never gives so much pain as does failing to hear and see it." untuk menghasilkan bentuk belon.
  4. Sebab saya ada inspirasi ini adalah kerana ketika belon terbang ke langit, ia mengandungi kecantikan yang unik apabila ia terbang dengan bebas. 


               CHAN YI CHEE D20111047258
  1. Tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Illustrator CS5'.
  2. Hasil idea tugasan ini adalah daripada inspirasi saya sendiri.
  3. Saya telah menggunakan quote iaitu:-"Whether You Think You Can or You Think You Cannot" yang diberikan oleh pensyarah saya sebagai tema bagi menyiapkan tugasan taipografi.
  4. Kita telah diberi masa selama dua jam untuk menyiaokan hasil ini.
  5. Akhirnya, saya telah membentuk muka dan otak orang dengan quotes yang diberikan.
  6. Saya telah menaip 'quote' tersebut dalam bentuk otak itu bagi mengaitkan dengan maksud 'quote' tersebut.   




Tugasan 2 - Reka Bentuk Poster Pasar Minggu (Photo-Studies)

SIEW CHEN HONG, D20111047270

  1. Tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Photoshop CS5'.
  2. Hasil idea tugasan ini adalah daripada inspirasi saya sendiri.
  3. Gambar-gambar buah dalam tugasan tersebut adalah diambil daripada pasar malam Tanjung Malim.
  4. Konsep yang saya ingin tunjukkan dalam tugasan tersebut adalah buah durian sebagai 'Raja Buah' dan dikelilingi oleh buah-buahan yang lain. Selain itu, mahkota yang saya hasilkan juga mengandungi gambar buah-buahan lain.
  5. Akhirnya, latar belakang yang berwarna kuning mewakili keanggungan buah durian dan telah berjaya menunjukkan sistem hierarki dalam kalangan buah-buahan.




CHAN YI CHEE, D20111047258
  1. Tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Photoshop CS5'.
  2. Tugasan ini perlu dilakukan dengan mengambil gambar-gambar di pasar malam Tanjung Malim dan perlu memilih tema yang tersendiri.
  3. Saya telah memilih makanan dan minuman yang berwarna kuning untuk tema saya.
  4. Kemudian, saya mengatur gambar-gambar saya untuk menjadikan satu poster tentang makanan dan minuman yang berwarna kuning.

Tugasan 1 - Reka Bentuk Iklan (Self-Portrait)


SIEW CHEN HONG, D20111047270

  1. Tugasan ini dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Photoshop CS5'.
  2. Hasil idea tugasan ini didapati daripada buku majalah dan juga pendapat daripada kawan-kawan. 
  3. 4 gambar posisi yang berbeza itu diambil dengan menggunakan latar belakang yang terang, supaya dapat memudahkan proses "cropping".
  4. Latar belakang gambar yang saya pilih adalah Perpustakaan UPSI, kerana bangunan ini sesuai dan seiras dengan "quotation" yang saya gunakan.
  5. "Quote" yang saya gunakan untuk mempromosikan universiti saya adalah "UPSI creates my FUTURE!", "UPSI is the BEST!", "UPSI is BIG!", dan "I <3 UPSI!".
  6. "Quote - Path of Success" diedit pada jalan bagi memberi impak bahawa saya ingin berjaya dalam kehidupan.



CHAN YI CHEE, D20111047258

  1. Tugasan ini telah dihasilkan dengan menggunakan perisian 'Adobe Photoshop CS5'.
  2. Tugasan ini telah dilakukan bagi mempromosikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  3. Idea saya bagi menyiapkan tugasan tersebut adalah membuat rujukan dalam laman web dan meminta tunjuk ajar daripada pensyarah saya.
  4. Promosi ini dilakukan dengan menunjukkan 'Quotes', persekitaran dan bangunan UPSI.


Penghasilan Pembungkusan

Menurut Adducci & Keller (2008) terdapat empat kriteria utama bagi sesebuah bungkusan itu berjaya iaitu berlandaskan kepada faktor-faktor seperti berikut: identification, functionality, personality dan navigation. Identification merujuk kepada sejauh manakah pengguna boleh mengenali produk atau pembungkusan yang dipamerkan apabila mereka membelinya dan ianya menjadi asas kepada mereka bentuk bungkusan. Persoalan yang selalu dikaji ialah: apakah perkara pertama yang dilihat oleh pengguna setiap kali melihat produk di atas rak jualan? Rupa, logo, warna, tanda harga, bahan yang digunapakai, imej teks atau peratus diskaun yang dipamerkan oleh penjual.

                Faktor kedua yang diperlu diketahui ialah functionality. Bagi setiap produk yang dibeli, para pengguna akan melihat dan memastikan bahawa keupayaan produk tersebut berfungsi. Keupayaan berfungsi oleh produk tersebut meningkatkan keyakinan pengguna kepada matlamat keinginan mereka untuk membeli. Walaubagaimanapun, tahap kefahaman pengguna menggunakan produk tersebut menjadi pilihan utama samada ianya mudah atau sukar difahami.

                Manakala, personality merujuk kepada bagaimanakah maklumat yang direka bentuk ke atas produk bungkusan berkesan, menarik, serutama. Kalau tidak matlamat utama untuk mencapai pembelian lebih dari sejuta pembeli tidak akan tercapai.

                Akhir sekali ialah faktor navigation, yang merujuk kepada pengguna mengetahui dalam mencari di mana memperolehi produk yang dijual. Faktor ini sama seperti faktor identification,yang bergantung kepada gaya reka bentuk yang terdiri daripada: taipografi, warna, patterns, huruf, rupa dan item lain yang berkaitan dengan maklumat yang perlu ada dalam mereka bentuk bungkusan.



                Ternyata bahawa keempat-empat faktor yang dinyatakan di atas dapat membantu pereka bentuk dalam menghasilkan reka bentuk pembungkusanyang baik, sesuai, menarik dan berkesan.

Proses Reka Bentuk Pembungkusan

Proses reka bentuk pembungkusan adalah merupakan satu proses yang memerlukan pendekatan yang agak rumit dan teliti, supaya ianya dapat menghasilkan satu reka bentuk yang baik serta berkesan, persoalannya di mana mulanya? Pada hakikatnya tiada tips atau jalan pintas yang boleh membantu kecuali dengan mencuba dan terus mencuba yang bermula dengan beberapa lakaran draft atau thumbnail sketches.

                Bagi mereka yang agak mahir dengan perisian Adobe Photoshop atau Illustrator – langkah pertama yang dilakukan kemungkinan besar bermula dengan imej atau gambar yang diimport dari laman web atau imej folder yang sediada. Jika tidak, lakaran thumbnail yang dilukis secara manual dan diimport ke stage. Walaubagaimanapun, idea bagi setiap orang berbeza-beza, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mengambil idea dari reka bentuk yang sediada atau yang berkaitan dengan subject matter yang hendak dihasilkan.

                Hari ini, kita boleh mengakses informasi pengetahuan yang tanpa had (no limit) dari laman web berkaitan dengan apa sahaja tentang pembungkusan, sebut saja kita – boleh capai. Tetapi ada kalanya, kita tidak ada masa untuk semua itu, jalan pintas (lebih kurang saja) selalu diambil kira dan mengharapkan bahawa akan terhasil (berlaku) satu reka bentuk yang boleh dibanggakan dan kerapkalinya ia tidak berlaku. Bagaimana pula dengan – strategi pemasaran, branding, iklan, dan macam-macam lagi.

                Kesimpulannya, dapat kita menyatakan disini, bahawa proses mereka bentuk sesebuah pembungkusan perlulah ada satu strategi yang dapat memberikan input sebelum memberikan output.